Tuesday, January 11, 2011

kisah gua belajar jawi masa darjah dua tahun 1996 dulu.

masa darjah dua dulu saya seorang murid yang cemerlang, berdisiplin dan berdedikasi. Saya pernah mendapat anugerah pelajar paling berdisiplin ketika awal tahun darjah dua, tapi sayang, kawan-kawan saya tersalah sangka dengn mengatakan saya menang peraduan mewarna kerana pada ketika itu hadiah pelajar berdisiplin disampaikan bersekali dengan hadiah pertandingan mewarna, well, rata2 rakan saya ketika itu masih lagi bodoh, keliru dengan atur cara majlis sehingga saya disalah tafsir. Dan saya kecewa sampai harini.

Mengimbau kembali alam persekolahan saya pada tahun 1996, Honestly speaking, mata pelajaran yang paling saya tak minat dan kalo boleh, rasa ingin melarikan diri ketika itu adalah pendidikan agama islam, bukan nak kate, tapi jauh di sudut hati saya, saya salahkan ustazah saya diatas “level ilmu agama” saya sekarang. Selalunya pendidikan islam adalah pada waktu pagi, setiap hari ahad, 2 slot, maknanya kelas satu jam. Hujung minggu saya gembira, tapi pada sabtu malam saya akan monyok, dan berharap esok sekolah meletup, atau runtuh, tak pun berlaku tanah jerlus sehingga menelan bilik guru besar. Ini semua tidak lain kerana saya terlalu takut dengn ustazah berkenaan.

Secara jujur, saya tidak gemar dengan cara beliau mengajar, menggunakan full authority sebagai seorang guru, setiap kali kelas beliau saya akan terketar-ketar. Salah sikit ditengking, penah sekali saya cuba memperbetulkan kedudukan spender saya ketika beliau sedang mengajar, dan saya dituduh main2……. Saya disuruhnya berdiri sehingga habis satu jam.. luluh hati saya.

Anyway,

Silibus pendidikan islam ketika itu saya tidak ingat, kabur dalam ingatan saya, namun ada satu kenangan yang sampai harini saya x kan lupakan, iaitu ketika slot, mari belajar jawi. Maka slot jawilah slot paling mendebarkan, kerana berbanding rakan-rakan yang lain, saya kira saya agak jauh ketinggalan. Dulu saya ingat jawi ni berasal dari bahasa makhluk asing kerana die punya payah sehingga pedih ulu hati. (itu dulu dan pada saya)…..

Makanya setelah pung pang pung pang ustazah men-drill beberapa perkataan, kami diberikan tugas mudah, tulis 5 ayat dalam jawi berkaitan hobi. Saya senyum kerana itu tugas mudah. Namun ketika mencari idea untuk membina ayat-ayat yang cantik demi menambat hati ustazah, saya jadi konfius tentang ejaan “saya” .

Muncul 2 pilihan dalam minda saya ketika itu

1) Sin alif wau ya

2) Sin alif ya

Oleh kerana kebodohan sombong malu untuk bertanya, saya deras memilih pilihan pertama, iaitu “sin alif wau ya”

Maka karangan saya pun berbunyi…..,

sawi ada hobi,

hobi sawi main bola

hari-hari sawi main bola

bola sawi warna biru

sawi suka bola

Dan ustazah berkenaan membaca kisah saya ke sekelian kelas. Nada suaranya yang lantang saya rasa sampai rapat ke penjuru blok belakang, tempat budak dajjal 6 berkumpul. Terdengar hilai tawa dari kejauhan. Saya sedih dan kecewa, mula-mula saya cool, tapi bler saya jelling tengok kasmah, budak perempuan cantik anak pak deraman, juga ketawa… saya sebak, ego saya jatuh, tanpa saya sedar.. air mata saya mengalir sambil tangan masih lagi membetulkan kedudukan spender, ya.. saya belajar pakai sepender masa drjah dua.. hampir semiggu saya disawikan….. baik oleh rakan sebaya, mahupun budak dajjal 6, x kurang juga 2 3 org guru yang menjeling sinis, diorang ingat kanak-kanak macam saya xde perasaan ke???... (emoticon sedih, mcm ni.. :( )

bermula dari saat itulah saya belajar tentang hakikat kehidupan, bahawasanya, kesilapan kita walaupun sekecil mana sekalipun, orang akan nilai org akan tengok, berbanding dgn kejayaan, walaupun sebesar mana, sehebat mana, payah sekali untuk sekadar diingati.

hanya kerana kisah sawi, anugerah pelajar berdisiplin yang saya terima berhamburan ke dalam longkang. Mudahnya mereka lupa.

xpe la ustazah… what ever happened, jasamu dikenang.

13 comments:

ZieSakura said...

hahahahaaa...


sawi telah ditransformkan kepada errr, manusia?

iamzulfadli said...

KOLAI SYAITON ZAINAL ABIDIN!!!!!!!!!
kahk ahkah kah

MegaBlue said...

hahhaha..confirm oghe klate nih..

Anonymous said...

Il semble que vous soyez un expert dans ce domaine, vos remarques sont tres interessantes, merci.

- Daniel

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

haiyyak. lcuu pulak terimbauu kesahh silam nihh(",) 1996 wakt tu sy bru berusia 3 tahun:)

Cik Ina Do Do Cheng said...

1996 makcik dah kerja. alo alo ciannya, manusia memang cam tu kelemahan dan kesilapan manusia diingat sampai mati. Pasal satu kesilapan, semua kebaikan orang tu hilang.

Mr. Asada said...

hahahahaha.. sadis giler cerita ni. sawi.. sawi.. jangan sedih2 yer..

kesalahan mmg lebih nampak daripada kebaikan di mata orang lain. tapi pada mata sendiri, kebaikan sendiri lah yang mmg nampak jelas. ini kebiasaan manusia..

siyes citer ni best!

Miss Shizu said...

kehkehkeh...klakar la,..hahaha..

ehh,tahun '96 darjah 2 ek?sebaya ah kiter..=p

iela said...

hehe ..kelakar ye ..mesti menusuk ke kalbu sebab tu ingat sampai sekarang..

Illiana Hidayah said...

hahahah...series! tiba2 terkenang jugak zaman2 belajar jawi dulu...

dah jadik followers ke99, mind to be my kipas susah mati?

blog-tips-kurus said...

lagi senang belajar jawi drpd Huayu.. btw, ape yg 'Anonymous' tu komen?? wa phm 'merci' je..

TF said...

alo ciannyer dia...xperla itu sume kenangan. sye pon pernah alami...eh bukn...bukn part salah eja jawi tuh...heee.
.. part kne tegor pasal konon2 xtumpu perhatian...padahal kite nk amik pensel jtuh jek....cehh.

MERAH said...

hahahha.nasib bek dajah 2 comel lg laa.hihik