Alfonso dengan gelojoh memarking feri cinta. hampir saja tertumus kami bertiga, Aku Alfonso dan kupu-kupu berahi sudah berada di perhentian 1000 pintu, tempatnye amat kontra dengan apa yang aku bayangkan, tiada flora dan fauna yang berwarna warni, tiada kedengaran nyanyian kucing2, yang ade Cuma aliran sungai yang bercabang-cabang dengan hujungnya sayup-sayup ntah kemana-mana.
“Adakah kita masih lagi di alam loba-loba wahai Alfonso?,”
Tanya gua kepada alfonso sekadar inginkan kepastian, kerana perhentian 1000 pintu ini sangat berlainan, suasana, warna-warna, dan juga bau-bauan nye jauh berlainan daripada alam loba-loba yang aku kenal.
Hentian 1000 pintu ini warna-warna yang dominan hanyalah warna-warna hitam, kelabu dan.. gelap.. ataupun secara senangnya gothic..kot.
“Ya, kita masih di alam loba-loba, penghujung alam loba-loba.”
Kata alfonso dengan nada serius.
Kupu-kupu berahi pula aku tengok tersenyum sorang2, angau la tu, angau cinta dengan si rama-rama cinta, macam gampang aku tengok.
anyway
Hentian 1000 pintu dijaga oleh Tenggiling Cinta, Tenggiling Cinta jauh sekali kalo nak dibandingkan dengan Nyamuk Asmara, pertamanya Tenggiling Cinta ni adalah berjantina lelaki, memiliki penis dan tidak berbuah di bahagian dada.
Lagipun Tenggiling Cinta ni adalah berbentuk tenggiling, yee, common tenggiling, cumanya beliau boleh berkata-kata, tua dan menghisap paip, tapi imej baju beropol-beropol masih lagi kekal, macam babi. Kate aku dalam hati.
Menurut Tenggiling Cinta yang menjaga hentiaan 1000 pintu, untuk mengakses alam mimpi para pencinta, aku memerlukan sebijik kunci, kunci pembuka portal, dan kunci itu terdapat di sebuah alam yang lain, dan alam tersebut hanya dapat diakses oleh beliau.
“Ahhhh.. alam apa lagi niiii.. “
bentak aku sambil buat muka cuak.
“Sabar wahai orang muda, cara untuk kealam tersebut senang sahaja,”
sebaik sahaja Tenggiling Cinta berkata-kata, beliau terus mengangkat bahagian tengah badannya dan membentuk sebuah portal.
Tenggiling cinta ni dah melampau, ni nk mngnjing ke hape. Mau saja aku hayunkan buku lima tepat ke punjuru torso beliau, namun aku pendam kan saja, di alam loba-loba segala yang mustahil jadi x mustahil.
Tenggiling Cinta tencungap-cungap cuba untuk mengekalkan posisi badan beliau. Seksa benar aku tengok tenggiling cinta, yaa, bukan senang untuk seekor tenggiling sebesar beliau untuk membuat posisi itu, posisi dimana bahagian tengah badannya diangkat, mewujudkan semacam ruang untuk kami merangkak masuk.
oleh kerana aku hero dalam cerita ni, Alfonso dan kupu-kupu berahi selamba sahaja menuding jari menyuruh aku dahulu yang masuk.
Aku dah nekad, kalo Tenggiling Cinta buat skill kencing, mmg aku tumbuk.
Sebelum aku, Alfonso dan kupu-kupu berahi masuk, Tenggiling Cinta berkata.
“Di alam sana, alam yang sangat indah, nikmati la ia semahunya, lakukanlah apa yang kamu ingin lakukan, tetapi..
ingat!
Ingat!!
Ingat!!!!
jangan sesekali kamu makan apa2 dari alam berkenaan, kelak kamu akan menyesal…….”
Babi serius punyeTenggiling Cinta, alam loba-loba mane bleh rasa lapa kate aku sekdar dalam hati. X nk suntuk angin Tenggiling Cinta, nantikan terbantut misi aku untuk mengambil kunci pintu mimpi.
Tanpa membuang masa Aku rendahkan badan, lutut ke tanah, kemudian merangkak ke celah badan Tenggiling Cinta.
tiba-tiba…..
aku rasa seolah-olah jatuh ke dalam satu lubang yang sangat dalam…..
diikuti rapat di belakang aku Alfonso dan kupu-kupu berahi, kami sama-sama menjunam jatuh, 2 minit pertama kami terjerit bagai orang gile, rasa gayat yang amat menerjah ke setiap ranggo badan.
Sejam kemudian.
Aku dah strt menyumpah2.. ntah bler lubang ni nk sampai ke hujung. Celaka betul!
Tiba-tiba, dari kejauhan, aku ternampak suatu cahaya, dari sekecil buah dadu, semakin membesar dan terus membesar,
Thummmm!
Kami jatuh……
(bersambung)
4 comments:
haha wei mana boleh sambung sambung...takkan nak tunggu esok..baru syok baca.hehe
boleh buat filem fantasi ni..
p/s: sambung cepat sebelum tenggiling mengamuk.haha
para2: sebenarnya, gua sendiri pn x tahu kemana hala tuju crite ni.. haha, nntila gua smbng...
teringat gua zaman muda2 dulu..
zaman seuntai kata untuk dirasa,sehijau warna daun..
bahasa sastera yg tggi gila babi..hahah
haha boleh pulak macam tu..
apa apa pun layannn je..
peace
Post a Comment